daulah umayah mengalami puncak kejayaan pada masa
Sejarah
nda90
Pertanyaan
daulah umayah mengalami puncak kejayaan pada masa
1 Jawaban
-
1. Jawaban Najwa200711
Dinasti Umayyah berasal dari nama Umayyah ibn Syams salah satu pemimpin kabilah Quraisy yang dikenali sebagai Bani Umayyah. Umayyah merupakan anak saudara sepupu Hasyim ibn Abd Manaf yaitu nenek moyang Rasulullah SAW. Bani Hasyim dan Umayyah sering bersaing merebut kekuasaan di kota Makkah di zaman jahiliyah akan tetapi Bani Hasyim lebih berpengaruh karena mendapat kekuasaan yang diturunkan Qusay, kemudian kepada Abd Manaf dan seterusnya kepada Hasyim.
Kedudukan Bani Umayyah sangat mantap di Syam. Hal ini di karenakan, Umayyah pernah kalah dalam pertarungan dengan Bani Hasyim telah melarikan diri dan menetap disana selama 10 tahun. Pada zaman khalifah Usman bin Affan, Yazid bin Abi Sufyan menjadi Gubernur di Syam kemudian diikuti oleh adiknya, Muawiyyah ibn Abi Sufyan menjadi Gubernur selama 20 tahun.[1]
Bani Umayyah juga berpengaruh di Makkah karena merupakan golongan bangsawan yang dihormati oleh masyarakat. Di zaman Jahiliyyah, Abd Syam, Umayyah, Harb dan seterusnya Abi Sufyan diberi kepercayaan memimpin pasukan tentara di Makkah secara turun temurun. Selain itu, mereka juga terkenal dalam bidang perdagangan. Bani Umayyah mempunyai berpengaruh yang sangat besar sebelum Islam dan juga selepas Islam. Mereka adalah di antara golongan yang terakhir memeluk agama Islam.
Muawiyah ibn Abu Sufyan merupakan pengaggas dinasti bani Umayyah. Bapaknya Abu Sufyan ibn Harb merupakan salah seorang pemimpin Quraisy yang terkemuka di kota Makkah terutama sebelum beliau memeluk Islam. Abu Sufyan juga ketua kaum musyrikin Makkah yang menjadi puncak berlakunya perang Badar dan menjadi ketua kaum Quraisy Makkah dalam perang Uhud. Sebelum Muawiyyah mengambil alih jawatan Khalifah dari Hassan Ibn Ali, telah berlaku konflik antara Muawiyyah dan Sayyidina Ali sehingga berlakunya Perang Siffin di tebing sungai Furat pada 13 Safar 37H. Konflik ini adalah rentetan dari peristiwa pembunuhan Usman dan Sayyidina Ali gagal menyelesaikan masalah tersebut sesuai dengan kehendak Muawiyyah. Sayyidina Ali juga mempunyai alasan tertentu yang menyebabkan ia tidak dapat bertindak terhadap pembunuhan tersebut.
Peperangan Siffin ini telah membawa kepada berlakunya Majlis Tahkim. Majlis Tahkim ini berlaku atas kebijaksanaan politik Amr ibn al-As yang mengangkat mushaf al-Quran ketika tentara Muawiyyah hampir kalah. Terdapat juga golongan yang tidak setuju dengan perdamaian tersebut dan mengiginkan peperangan diteruskan. Namun, disebabkan yang mendukung lebih banyak, Sayyidina Ali mengambil keputusan untuk menerima Majlis Tahkim. Golongan yang tidak setuju ialah Al-Asytar bin Malik dan pengikutnya, Al-Ash’as bin Qais dan pengikutnya serta seluruh orang Yaman.
Al-Asytar dan pengikut-pengikutnya yang tidak setuju dengan Sayyidina Ali telah keluar dari situasi tersebut menuju ke Harura’ dan digelar Khawarij. Jumlah mereka adalah sekitar 12,000 orang. Persidangan Tahkim dimenangi oleh Muawiyah atas kebijaksanaan Amr bin al-As. Tetapi Khalifah Ali terus menjadi khalifah tanpa dibaiat oleh penduduk Syam sehingga baginda wafat pada tahun 40H / 660M karena dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam, salah seorang pengikut Khawarij. Muawiyyah menjadi khalifah dan membentuk dinasti Umayyah dengan sistem turun temurun.
Kendatipun pemerintahan Bani Umayyah tidak menganut sistem demokrasi bukan berati tidak mengalami perkembangan dan kemajuan dimasa pemerintahannya. Hal ini meliputi berbagai aspek baik sistem pemerintahan, administrasi, ilmu pengetahuan, sastra ekonomi, seni dan budaya.